PENGEJAAN KATA MAJMUK
- tengah hari
- urus setia
- reka bentuk
- jalan raya
- kereta api
- antarabangsa
- sukarela
- kakitangan
- olahraga
- bumiputera
- jawatankuasa
- setiausaha
- beritahu
- tandatangan
- warganegara
Kita mengetahui bahawa apabila imbuhan awalan meN-…digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan konsonan tersebut, maka konsonan tersebut akan berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya (homorganik), misalnya;
- memakai daripada kata dasarnya pakai,
- menangkap (tangkap)
- mengutip (kutip)
- menyapu (sapu)
- menternak
- mentadbir
- mentakrif
- menterjemah
- mentertawakan
- mempelopori
- mempengaruhi
- mempelawa
- mempercayai
- mempunyai
- mempedulikan
- mengkaji
BENTUK AWALAN beR-…
Bentuk awalan ber-… yang membentuk kata kerja turut mengalami kekecualian. Peraturan bahasa yang dipetik daripada Tatabahasa Dewan menyatakan bahawa apabila imbuhan ini bergabung dengan kata dasar yang mempunyai suku kata pertamanya –er-, misalnya
- serta, maka r dalam awalan ber-… tersebut tidak gugur dan akan membentuk berserta.
- berderma
- berserban
- bercermin
- berceramah
PERKATAAN PEMBELAJARAN DAN PEMELAJARAN
Perkataan pembelajaran ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan. Bentuk yang betul ialah pemelajaran kerana bentuk tersebut terbit daripada kata kerja transitif mempelajari, bukannya daripada kata kerja tak transitif belajar yang disangka oleh kebanyakan pihak.
- pembelajaran sebagai bentuk kekecualian
- pemelajaran sebagai bentuk yang tetap diterima.
PERKATAAN PENGELIBATAN DAN PELIBATAN
- Perkataan pengelibatan ternyata tidak menepati proses pembentukan kata terbitan.
- Perkataan pelibatan betul kerana bentuk tersebut terbit daripada kata libat, bukannya daripada kata gelibat yang tidak membawa sebarang makna.
KATA SENDI NAMA DI DAN DALAM UNTUK DI KALANGAN DAN DALAM KALANGAN
Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, misalnya:
- di pekan
- di kantin
- di sini
- di utara
Kata Sendi Nama di untuk kalangan,
misalnya dalam ayat ini; Masalah disiplin di kalangan pelajar amat
membimbangkan. Adakah betul frasa di kalangan atau frasa dalam kalangan
lebih tepat? Berdasarkan hukum penggunaan sendi nama di, jelaslah bahawa
kalangan tidak menunjukkan tempat atau arah tetapi bermaksud lingkungan
atau golongan. Oleh itu, penggunaan frasa dalam kalangan sepatutnya
digunakan kerana menepati hukum bahasa.
KATA KERJA TRANSITIF MESTI DIIKUTI OBJEK ATAU FRASA NAMA MENGIKUT HUKUM D-MKata Kerja Transitif (KKT) mesti diikuti objek atau frasa nama. Ayat contoh:
- SALAH: ….menyerikan lagi majlis ini. (menyerikan apa? Menyerikan majlis)
- BETUL: …..menyerikan majlis ini lagi.
- SALAH: …..membangunkan semula kawasan yang terjejas. (membangunkan apa? Membangunkan kawasan yang terjejas)
- BETUL: …..membangunkan kawasan yang terjejas semula.
- SALAH: …..memaklumkan kepada ibu bapa jumlah yuran PIBG.
- BETUL: …..memaklumkan jumlah yuran kepada ibu bapa.
- SALAH: …..menyiarkan kepada umum surat-surat mantan Perdana Menteri.
- BETUL: …..menyiarkan surat-surat mantan Perdana Menteri kepada umum.
- SALAH: ….menyiarkan di akhbar-akhbar utama berita panas itu.
- BETUL: …..menyiarkan berita panas itu di akhbar-akhbar utama.
- SALAH: ….menyerlahkan juga keanggunan penampilannya.
- BETUL: ….. menyerlahkan keanggunan penampilannya juga.
- SALAH: …..menawarkan kepada para pembeli kereta seratus peratus pinjaman
- BETUL: …..menawarkan pinjaman seratus peratus kepada para pembeli kereta.
Kesimpulannya, KKT tidak boleh diikuti
Kata Sendi Nama atau perkataan yang lain selain frasa nama. Namun
demikian, oleh sebab sudah diterima umum dan kononnya sudah mantap ayat
yang berikut dikatakan betul:
- ….. menembak mati penjahat (Menembak siapa? Menembak penjahat; sepatutnya menembak penjahat hingga mati)
- ….. menembak jatuh jet pejuang (menembak apa? Menembak jet pejuang)
- ….. menghukum mati pesalah (menghukum siapa? Menghukum pesalah, bukannya menghukum mati. bagaimana hendak menghukum mati?