Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan buah-buahan.
Kalau
nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat.
Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum,
kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya
banyak khasiat tersendiri.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang
pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat,
gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang
sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai
bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran
bertekstur dan taugeh.
3. Banyakkan minum air.
Air
adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan
suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak.
Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air
dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada
paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk
menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh
didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan
lain.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya
lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga
30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita
harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
- Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
- Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
- Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
- Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
- Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
- Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
5. Kurangkan gula.
Makanan
yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa
khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang
berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari
tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko
kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan
dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
6. Kurangkan garam
Makanan
segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan
bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang
akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah
orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit
(edema).
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA