SELAMAT TAHUN 2014. SELAMAT BELAJAR KEPADA SEMUA PELAJAR SMKSR.

Monday, 6 January 2014

LADAP FROG VLE




TUJUAN

Memberi pendedahan kepada guru-guru SMK Sungai Ruan Raub tentang bagaimana menggunakan aplikasi Frog Virtual Learning Enviroment (VLE), membuat dashboard dan menghasilkan resos pembelajaran secara maya dalam kalangan warga sekolah.

PENGENALAN
     
Ladap ini dijalankan adalah berdasarkan keperihatinan pihak sekolah terhadap perkara-perkara berikut:

1.1    VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.
1.2       VLE penting kerana dapat pelajar-pelajar belajar secara kendiri di luar waktu persekolahan secara maya berbantukan bahan-bahan yang disediakan.
1.3        Penglibatan ibu bapa dalam sistem pembelajaran VLE memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar.

OBJEKTIF

Memahirkan semua warga sekolah tentang penggunaan dan kepentingan aplikasi VLE. Dalam pada itu, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE. Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen penting yang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa di mana-mana 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

TARIKH, HARI DAN TEMPAT, MASA

Tarikh                     :    09 Januari 2014.
Hari                        :    Khamis.
Tempat                  :    Makmal Komputer SMK Sungai Ruan.
Masa                      :    2.00 petang.

SENARAI PESERTA

Semua guru SMK Sungai Ruan.
PENYAMPAI

Encik Halim bin Jusuh.
Puan Azra Fazeera

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA 




Pengerusi
Encik Lee Ah Wong, SMP, PKC.
Timbalan Pengerusi I
Encik Sia Chay Ong.
Timbalan Pengerusi II
Encik Lee Sai Kin.
Timbalan Pengerusi III
Encik M. Hanapiah bin A. Aziz.
Setiausaha LADAP
Puan Wan Roslina bt. Wan Ismail.
Naib Pengerusi I
K.B Bahasa.
Naib Pengerusi II
K.B Sains matematik.
Naib Pengerusi III
K.B Teknik Vokasional.
Naib Pengerusi IV
K.B Kemanusiaan.
Penyelaras VLE I
Puan Ling Oi Leng.
Penyelaras VLE II
Encik Halim bin Jusuh.
AJK
Semua guru mata pelajaran, kaunselor dan pelajar


KEPERLUAN PERALATAN
LCD, Komputer dan talian internet 4G.
PENUTUP
Ladap ini diharapkan akan membantu dan melengkapkan sekolah tentang penggunaan Frog VLE sebagai satu peralatan yang boleh menambah baik sekolah secara keseluruhannya.