KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Saturday, 31 December 2011
Pengetua Sekolah
- En. Leong Weng Kee 1965 sehingga 1966
- En. Chang Kong Ming 1966 sehingga 1977
- En. Prasad 1977 sehingga 1977
- En. Teo Chiang Choo 1978 sehingga 1982
- En. Chen Thong 1982 sehingga 1992
- En. Fan Nong Shin 1993 sehingga 1994
- En. Liew Kim Choon 1995 sehingga 1998
- En. Ng Mong Lim 1998 sehingga 1999
- En. Yeong Pak Foo 2000 sehingga 2001
- En. Chong Khoon Khen (Pemangku) 2001 sehingga 2002
- En. Liew Kim Choon 2003 sehingga 2007
- En. Woon Man Seong 2007 sehingga 2011
- En. Lee Ah Wong 2011 sekarang
Piagam Pelanggan
Kami, warga kerja Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-
- Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dalam persekitaran yang kondusif.
- Mengutamakan kecemerlangan dan peningkatan prestasi pelajar.
- Mendidik dan membimbing semua pelajar supaya berakhlak mulia, bertindak rasional dan berfikiran kreatif
- Mengamalkan budaya sekolah penyayang.
- Memberi khidmat yang cekap dan berkualiti kepada pelajar dan komuniti.
- Bekerjasama dan memberi layanan baik kepada semua, masyarakat, agensi kerajaan / swasta yang berurusan dengan pihak sekolah.
Misi Sekolah
Memberi pendidikan dan bimbingan yang terbaik
Dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan
Bina insan untuk merealisasikan potensi yang ada
Pada para pelajar dengan seutuhnya bagi
menghasilkan bakal rakyat yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan berketrampilan
agar dapat member sumbangan kepada
pembangunan diri, masyarakat dan negara.
Falsafah Sekolah
Bahawasanya pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan, Raub, adalah insan yang berbeza-beza keupayaan dan boleh dibentukkan menjadi insan yang kamil. Menyedari hakikat ini, Peluang belajar yang seluas-luasnya diberi kepada pelajar-pelajar untuk menjadi insan yang sempurna. Bahawasanya guru-guru skolah ini berkebolehan, mahir serta bersikap ikhlas dan jujur untuk mendidik pelajar-pelajar dengan penuh amanah dan kasih Sayang. Bahawasanya Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan, Raub mempunyai kemudahan fizikal dan tenaga untuk melahirkan insan yang sempurna demi kesejahteraan nusa dan bangsa.
Lencana Sekolah
Merah : Melambangkan keberanian dan ketabahan hati mengharungi liku-liku keberanian yang penuh cabaran.
Biru : Melambangkan permuafakatan dalam semua aspek bagi memudahkan usaha ke arah mencapai tahap kemerlangan.
Kuning : Melambangkan kejayaan dan kecemerlangan dalam apa jua pun.
Moto : Ilmu Suluh Hidup.
Matahari : Ilmu membawa sinar masa depan pelajar.
Buku : Sekolah menjadi pusat pendidikan secara berterusan.
Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan terletak di dalam kawasan Kampung Baru Sungai Ruan yang terletak dalam daerah Raub, Pahang. Ianya terletak 15 Kilometer dari pusat bandar, Pada awalnya sekolah ini hanya menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Ruan dari awal tahun 1965 hingga akhir tahun 1968. Pada awal tahun 1969, SMK Sungai Ruan telah siap secara rasminya.
Peringkat awal persekolah jumlah pelajar pada masa itu ialah seramai 58 orang pelajar dan tiga orang guru yang masih dalam latihan di bawah bimbingan pengetua yang pertama iaitu En. Leong Weng Kee.
Pada tahun 1967, sekolah ini terdiri daripada lima kelas dengan jumlah pelajar seramai 162 orang. Ini termasuk dua kelas tingkatan peralihan, dua kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan Dua. Pada tahun ini juga sesi petang telah dijalankan kerana masalah kekurangan bilik darjah.
Sesi persekolahan diteruskan sehinggalah Pada akhir tahun 1968, bangunan sendiri SMK Sungai Ruan telah siap dibina dan telah diduduki secara rasmi pada awal tahun 1969. Bangunan sekolah ini mempunyai enam buah kelas, sebuah pejabat pengetua, bilik guru, makmal sains dan dua bilik Sains rumahtangga serta sebuah kantin.
Seterusnya pada awal tahun 1970, bilangan pelajar telah meningkat kepada 240 orang dengan tujuh kelas. Seterusnya pada tahun 1971, jumlah pelajar meningkat kepada 255 orang dengan lapan kelas. Pada tahun 1970, sebuah padang sekolah telah dibina untuk kegunaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Padang sekolah ini telah digunakan secara rasmi pada tahun 1972. Pada tahun 1974, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan di pengerusikan oleh E. Loy Hoy.
Pada tahun 1996, kelas tingkatan 4 telah di wujudkan. Untuk permulaan, hanya sebuah kelas aliran sains dan dua buah kelas aliran sastera bagi Tingkatan 4 telah diwujudkan. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 45 orang.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah bermula di sekolah ini pada tahun 1997 dengan pencapaian 25 orang pelajar telah mendapat gred 1 dan 18 orang pelajar telah mendapat gred 2. Kewujudan kelas tingkatan 4 dan 5 serta pertambahan bilangan pelajar, sekolah ini telah dinaikkan gred dari sekolah gred B kepada sekolah gred A.
Pada tahun 1996, SMKSR telah menerima bangunan tambahan iaitu 3 makmal sains tulen, 2 bengkel Kemahiran Hidup dan 4 bilik darjah. Selaras dengan perkembangan ICT, pada tahun 2002, sebuah bangunan baru menempatkan 2 buah makmal komputer telah dibina.
Pada tahun 2003, perpustakaan sekolah telah dinaik taraf dan dipasang hawa dingin dan lantainya dipasang jubin. Pada tahun 2004, ruang makan kantin telah ditambah. Kantin makanan Islam telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan kakitangan Islam. Pada bulan Ogos 2004, bilik guru telah dipasang hawa dingin bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif bagi guru-guru. Selain itu juga Koperasi SMKSR telah ditubuhkan dan beroperasi pada awal tahun 2004.
Pada bulan Jun 2005, surau sekolah telah dinaik taraf. Keluasan surau tersebut telah ditambah dan pemasangan jubin telah dijalankan.
Pada tahun 2007, pembinaan dewan SMKSR telah dijalankan dengan hasil usaha warga sekolah mengumpul dana daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan usahasama penduduk Sungai Ruan. Dewan ini siap dibina pada akhir tahun 2007.
Pada awal tahun 2007 En. Liew Kim Choon telah bertukar ke SMK Chung Ching dan diambil alih oleh En. Woon Man Seong sehingga 2011. Bangunan baru mula dibina pada tahun 2008 hingga siap dibina pada tahun 2009. Banyak perubahan yang telah dilakukan terutama sekali keceriaan sekolah. Bangunan pejabat telah dinaik taraf untuk kemudahan pentadbiran. Penempatan semula perpustakaan sekolah telah dilakukan pada penghujung tahun 2009 dan kini sekolah SMK Sungai Ruan sedang menunggu pentas baru di dewan yang sedang giat di lakukan.
Pada tahun 2011 pentadbiran sekolah diambil alih oleh En. Lee Ah Wong yang menggantikan En. Woon Man Seong yang bertukar ke SMK Chung Ching Raub.
Penggal Persekolahan 2012
KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang,
WilayahPersekutuan Labuan, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
PENGGAL | CUTI & HARI PERSEKOLAHAN | MULA | AKHIR | BIL. HARI |
1 | Hari Persekolahan | 04.01.2012 | 48 | |
Cuti Pertengahan Penggal | 10.03.2012 | 18.03.2012 | 9 | |
Hari Persekolahan | 19.03.2012 | 25.05.2012 | 50 | |
Cuti Pertengahan Tahun | 26.05.2012 | 10.06.2012 | 16 | |
2 | Hari Persekolahan | 11.06.2012 | 17.08.2012 | 50 |
Cuti Pertengahan Penggal ke II | 18.08.2012 | 26.08.2012 | 9 | |
Hari Persekolahan | 27.08.2012 | 09.11.2012 | 55 | |
Cuti Akhir Tahun | 10.11.2012 | 01.01.2013 | 53 | |
Jumlah : | 290 |
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am : 203
Jumlah Hari Cuti Penggal : 87
Staf Sekolah
BIL | NAMA | JAWATAN |
1. | LEE AH WONG | PENGETUA |
2. | SIA CHAY ONG | GPK PENTADBIRAN |
3 | LEE SAI KIN | GPK HEM |
4 | MOHAMAD HANAPIAH BIN ABD AZIZ | GPK KO-KO |
5 | WAN ROSLINA BT WAN ISMAIL | KETUA BIDANG KEMANUSIAAN |
6 | LEE FONG YEE | KETUA BIDANG BAHASA |
7 | LIM JIANN MING | KETUA BIDANG TEKNIK & VOKSIONAL |
8 | NORMALA BT MAT DELI | Ketua Bidang Sains & Mate matik |
9 | WOONG CHOO YAK | GURU CEMERLANG |
10 | LEE KUAN CHEN | GURU CEMERLANG |
11 | AZLINA BT HUSSAIN | GURU CEMERLANG |
12 | LEE SEW YIN | GURU CEMERLANG |
13 | TANG BOON NILK | GURU BIMBINGAN & KAUNSELING |
14 | SARINI BINTI ABDUL SAMAD | GURU BIMBINGAN & KAUNSELING |
15 | ASRI BIN OSMAN | GURU PENOLONG |
16 | WOH YOP FOOI | GURU PENOLONG |
17 | HALIM B JUSUH | GURU PENOLONG |
18 | WOO MEE YEN | GURU PENOLONG |
19 | LEE LIAN MOI | GURU PENOLONG |
20 | MOHD. NAJAFFI B. HUSSAIN | GURU PENOLONG |
21 | SUZANA BT AB. GHANI | GURU PENOLONG |
22 | RAJA NUR AZURA BT RAJA AB. AZIZ | GURU PENOLONG |
23 | NIK AZMA AZURA BT MOHD YUSOF | GURU PENOLONG |
24 | LING OI LENG | GURU PENOLONG |
25 | CHIN YEN KIM | GURU PENOLONG |
26 | ROSNANI BT YUSOFF | GURU PENOLONG |
27 | RAJUNA A/P SINNAKARUPPAN | GURU PENOLONG |
28 | WAN NADIA BT WAN ABU BAKAR | GURU PENOLONG |
29 | NORAINI BT NAWI | GURU PENOLONG |
30 | CHAN KOI CHONG | GURU PENOLONG |
31 | WAI MUN KEE | GURU PENOLONG |
32 | FUZIAH BT NOH | GURU PENOLONG |
33 | HAZLIDA BINTI MAT | GURU PENOLONG |
34 | DARWIS BIN ZAKARIA | GURU PENOLONG |
35 | YAP BEE ENG | GURU PENOLONG |
36 | LOW YEE CHUNG | GURU PENOLONG |
37 | ROHATY BINTI ABDUL RAHIM | GURU PENOLONG |
38 | NASRIAH BINTI YAACUB | GURU PENOLONG |
39 | KHUZAIMAH BINTI HASAN | GURU PENOLONG |
40 | SURIANI BINTI RAMLI | GURU PENOLONG |
41 | HAZIANA BINTI YAACOB | GURU PENOLONG |
42 | ZALEHA BT IBRAHIM | GURU PENOLONG |
43 | LIM LIEW KUAN | GURU PENOLONG |
44 | ZISNIZAN BINTI HASSAN | GURU PENOLONG |
45 | SAIFUL HAFIZI B IBRAHIM | GURU PENOLONG |
46 | MUHD ARQAM B. AWANG OMAR @ AWANG | GURU PENOLONG |
47 | ZARIRAH BINTI ZULKIFLI | GURU PENOLONG |
48 | AZILA BT MOHAMED | GURU PENOLONG |
49 | SANUSI BIN ABDUL RAHMAN | GURU PENOLONG |
50 | SALINA BT AHMAD WAHID | GURU PENOLONG |
51 | NURAFNIE BT MUSTAFA | GURU PENOLONG |
52 | NOR DALINA BT ABD RAHMAN | GURU PENOLONG |
53 | SAADON BIN ADAM | GURU PENOLONG |
54 | pn suriyati binti ibrahim | ketua pembantu tadbir |
55 | en. shamsul baharin b. sufar | PEMBANTU TADBIR |
56 | cik noor izzati binti nosri | pembantu tadbir |
57 | cik samsida bt mat nor | PEMBANTU MAKMAL |
58 | PN. HALIMAH BT OSMAN | PEMBANTU MAKMAL |
59 | cik nurul hazila bt mat noh | PEMBANTU MAKMAL |
60 | pn. nor hayati bt KASIM | PAP (PEJABAT) |
61 | pn. zainab bt teh | PAP (MAKMAL) |
Subscribe to:
Posts (Atom)