SELAMAT TAHUN 2014. SELAMAT BELAJAR KEPADA SEMUA PELAJAR SMKSR.

Saturday, 31 December 2011

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ruan terletak di dalam kawasan Kampung Baru Sungai Ruan yang terletak dalam daerah Raub, Pahang. Ianya terletak 15 Kilometer dari pusat bandar, Pada awalnya sekolah ini hanya menumpang di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Ruan dari awal tahun 1965 hingga akhir tahun 1968. Pada awal tahun 1969, SMK Sungai Ruan telah siap secara rasminya.
Peringkat awal persekolah jumlah pelajar pada masa itu ialah seramai 58 orang pelajar dan tiga orang guru yang masih dalam latihan di bawah bimbingan pengetua yang pertama iaitu En. Leong Weng Kee.
Pada tahun 1967, sekolah ini terdiri daripada lima kelas dengan jumlah pelajar seramai 162 orang. Ini termasuk dua kelas tingkatan peralihan, dua kelas tingkatan satu dan satu kelas tingkatan Dua. Pada tahun ini juga sesi petang telah dijalankan kerana masalah kekurangan bilik darjah.
Sesi persekolahan diteruskan sehinggalah Pada akhir tahun 1968, bangunan sendiri SMK Sungai Ruan telah siap dibina dan telah diduduki secara rasmi pada awal tahun 1969. Bangunan sekolah ini mempunyai enam buah kelas, sebuah pejabat pengetua, bilik guru, makmal sains dan dua bilik Sains rumahtangga serta sebuah kantin.
Seterusnya pada awal tahun 1970, bilangan pelajar telah meningkat kepada 240 orang dengan tujuh kelas. Seterusnya pada tahun 1971, jumlah pelajar meningkat kepada 255 orang dengan lapan kelas. Pada tahun 1970, sebuah padang sekolah telah dibina untuk kegunaan sekolah rendah dan sekolah menengah. Padang sekolah ini telah digunakan secara rasmi pada tahun 1972. Pada tahun 1974, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan dan di pengerusikan oleh E. Loy Hoy.
Pada tahun 1996, kelas tingkatan 4 telah di wujudkan. Untuk permulaan, hanya sebuah kelas aliran sains dan dua buah kelas aliran sastera bagi Tingkatan 4 telah diwujudkan. Bilangan guru juga telah bertambah kepada 45 orang.
            Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang pertama telah bermula di sekolah ini pada tahun 1997 dengan pencapaian 25 orang pelajar telah mendapat gred 1 dan 18 orang pelajar telah mendapat gred 2. Kewujudan kelas tingkatan 4 dan 5 serta pertambahan bilangan pelajar, sekolah ini telah dinaikkan gred dari sekolah gred B kepada sekolah gred A.
Pada tahun 1996, SMKSR telah menerima bangunan tambahan iaitu 3 makmal sains tulen, 2 bengkel Kemahiran Hidup dan 4 bilik darjah. Selaras dengan perkembangan ICT, pada tahun 2002, sebuah bangunan baru menempatkan 2 buah makmal komputer telah dibina.
            Pada tahun 2003, perpustakaan sekolah telah dinaik taraf dan dipasang hawa dingin dan lantainya dipasang jubin. Pada tahun 2004, ruang makan kantin telah ditambah. Kantin makanan Islam telah dibina untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar dan kakitangan Islam. Pada bulan Ogos 2004, bilik guru telah dipasang hawa dingin bagi mewujudkan suasana kerja yang lebih selesa dan kondusif bagi guru-guru. Selain itu juga Koperasi SMKSR telah ditubuhkan dan beroperasi pada awal tahun 2004.
            Pada bulan Jun 2005, surau sekolah telah dinaik taraf. Keluasan surau tersebut telah ditambah dan pemasangan jubin telah dijalankan.
            Pada tahun 2007, pembinaan dewan SMKSR telah dijalankan dengan hasil usaha warga sekolah mengumpul dana daripada pelbagai aktiviti yang dijalankan dengan usahasama penduduk Sungai Ruan. Dewan ini siap dibina pada akhir tahun 2007.
            Pada awal tahun 2007 En. Liew Kim Choon telah bertukar ke SMK Chung Ching dan diambil alih oleh En. Woon Man Seong sehingga 2011. Bangunan baru mula dibina pada tahun 2008 hingga siap dibina pada tahun 2009. Banyak perubahan yang telah dilakukan terutama sekali keceriaan sekolah. Bangunan pejabat telah dinaik taraf untuk kemudahan pentadbiran. Penempatan semula perpustakaan sekolah telah dilakukan pada penghujung tahun 2009 dan kini sekolah SMK Sungai Ruan sedang menunggu pentas baru di dewan yang sedang giat di lakukan.
            Pada tahun 2011 pentadbiran sekolah diambil alih oleh En. Lee Ah Wong yang menggantikan En. Woon Man Seong yang bertukar ke SMK Chung Ching Raub.

No comments:

Post a Comment